berita

‘Saya Sempat Bisik Ke Telinganya…’ – Pengarah Filem Tragedi Oktober, Yusof Kelana Meninggal Dunia

August 15th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri lakonan Malaysia hari ini dikejutkan dengan satu berita pemergian seorang pengarah terkenal iaitu Yusof Kelana  atau nama sebenarnya Omar Saleh sekitar jam 9:30 pagi (15 Ogos 2020) .

Menghembuskan nafas terakhir

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika isteri dan anak-anak sedang membacakan surah Yassin di kediamannya yang terletak di Taman Melawati, Hulu Klang.

Isteri Allahyarham iaitu Nur Maynah memaklumkan bahawa keadaan kesihatan suaminya itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja selain tidak menunjukkan perubahan yang drastik. Tetapi pada hari ini, Allahyarham yang berusia 66 tahun itu kelihatan agak lemah.

Arwah berada dalam keadaan sedar, cuma dia diam dan tak bergerak sebelum meninggal dunia. Saya panggil anak-anak untuk membaca Yasin. Saya juga sempat bisik ke telinganya dengan menyebut kalimah Lailahaillallah.

Kelmarin dia okey saja. Arwah tidak menunjukkan perubahan yang ketara, mungkin sudah tiba ajalnya.

Hidap kanser kulit tahap 4

Difahamkan, Allahyarham yang juga merupakan pengarah filem Tragedi Oktober sebelum ini sudah disahkan menghidap penyakit kanser kulit tahap empat pada Julai lalu selepas pihak hospital menjalani ujian Computed Tomography atau CT Scan.

Menceritakan kembali kisah itu, ahli keluarga memaklumkan pada awalnya mereka hanya menyangka luka yang dialami Allahyarham hanyalah kecederaan biasa sehinggalah pada suatu hari Allahyarham sakit dada dan terjatuh sebelum dikejarkan ke hospital. Selepas mendapatkan rawatan, baru mereka tahu bahawa Allahyarham mengalami kanser kulit.

Arwah dijangka dikebumikan selepas solat Asar hari ini, namun belum dipastikan lokasi pengebumian. Tetapi kalau boleh saya ingin arwah dikebumikan di tanah perkuburan yang berhampiran dengan rumah.

Selain itu, Allahyarham juga pernah menerbitkan beberapa filem terkenal di Malaysia antaranya Juara pada tahun 1991, Tragedi Oktober (1996). Allahyarham kemudian meneruskan kerjasama dengan Skop Production dengan menghasilkan filem MX3 dan Pontianak Menjerit. Sementara itu pula, Allahyarham telah menghasilkan filem Bidong: The Boat People pada tahun 2018 selain pernah menjadi salah seorang pengarah drama terkenal Gerak Khas.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×