Hari ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10
Bangga dengan semangat
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah memuat naik hantaran mengucapkan tahniah sejurus Anwar sah dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10.
Menerusi akaun miliknya Nurul Izzah meluahkan rasa bangga dengan semangat yang ada dalam diri ayah tercinta biarpun diduga dengan onak duri.
Saya sayang awak, papa. Saya sentiasa bangga dengan awak walaupun awak terbaring di dalam penjara sebagai tahanan hati nurani.
Legasi yang kita tinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Tuntut keadilan
Dalam pada itu, Nurul Izzah menyatakan selagi hidup di dunia, kita tidak akan mampu terlepas daripada dugaan.
Ketika kalah kita diduga, Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan. Menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah, usaha menyatupadukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
Berdasarkan kenyataan media pada Khamis, lstiadat Mengangkat Sumpah Perdana Menteri ke-10 dijadual pada 5 petang ini di lstana Negara.
Sumber: Facebook @Nurul Izzah Anwar