Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata dia belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung isu yang berlaku di antara isteri pertama dan keduanya, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut
Artikel berkaitan: Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran
Belum bersedia nak beri kenyataan
Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan berhubung apa yang berlaku.
Demikian kata Zainal berhubung pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, Ahad lalu. Ujar Zainal, jadualnya sangat sibuk sekarang.
Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah.
Terdahulu, nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin kali kedua sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama. Lebih mencuri tumpuan, isteri keduanya merupakan Fyna Jebat iaitu adik kepada penyanyi, Ayda Jebat.
Sumber: Kosmo