berita

Didakwa Kahwin Tanpa Pengetahuan & Berang Disindir Punca 2 Isteri Jurulatih Tarik Rambut

January 24th, 2023 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam, viral di media sosial mengenai kisah pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih Liga Super.

Artikel berkaitan: Isteri-Isteri Bekas Jurulatih Bola Sepak Bergaduh Di Restoran

Menerusi laporan Sinar Harian, berang disindir dalam satu program rancangan realiti televisyen dipercayai menjadi punca pergaduhan dua wanita tersebut di sebuah restoran di Shah Alam.

Tarik rambut

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, siasatan dijalankan mendapati kejadian melibatkan isteri pertama dan kedua jurulatih bola sepak tersebut.

Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen. Isteri pertama jurulatih tersebut turut memarahi madunya dan mendakwa wanita itu telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

Tambah Iqbal, turut berlaku kejadian tarik menarik rambut antara kedua-dua individu terbabit.

Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran. Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×