berita

‘Saya Single Tapi Tak Available’ – Nadia Annuar Sahkan Sudah Bercerai Dengan Suami

October 4th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nadia Annuar Dah Bercerai

Pengacara jelita, Nadia Annuar mengesahkan rumah tangga yang dibinanya selama hampir 8 tahun bersama usahawan, Hafiz Salleh sudah pun berakhir.

Artikel Berkaitan: Sambut Birthday Ke-39, Nadia Annuar Tampil ‘Free Hair’ – ‘Saya Harap Allah Kurniakan Kekuatan…’

Mahu fokus diri sendiri

@nona.my Dalam senyuman itu, ada tangis yang dipendam. Selepas bertahun, akhirnya Nadia Annuar tenang meleraikan teka-teki status dirinya kepada umum. Betapa lamanya si cantik ini mengumpul kekuatan, move on sebagai ibu tunggal dan bangkit mencari rezeki demi kehidupan. Pastinya tak mudah. Doakanlah yang baik-baik buatnya dan semoga Nadia yang kami senangi ketemu bahagia yang dicari suatu hari nanti #womenoftiktok #nadiaannuar #sembangentertainment #singlemom ? original sound – NONA

Pendedahan itu dibuat sendiri Nadia menerusi satu video yang dimuat naik Nona di TikTok.

Namun begitu, bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh perpisahannya dengan bekas suami.

Saya single tapi tak available. Buat masa ini saya berhenti berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan.

Tambah pengacara berusia 39 tahun itu lagi, ibunya yang juga merupakan usahawan terkenal iaitu Zaiton Hassan menasihatkan agar dirinya fokus membahagiakan dirinya sendiri terlebih dahulu.

Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak.

Saya memiliki sepasang cahaya mata. Saya akan fokus memberikan apa yang mereka perlukan.

Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada untuk mereka disaat mereka memerlukan saya.

Sekadar info, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, 7.

Untuk rekod, perkahwinan bersama Hafiz merupakan perkahwinan Nadia yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama,Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu pula, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×