berita

‘Saya Sokong Setiap Yang Nabila Buat’ – Rumahtangga Nabila-Sharnaaz Didakwa Goyah? Ini Respon Neelofa

August 30th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Rumahtangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila Noor Nabila dilihat memuatnaik foto dipercayai perkarangan kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Berikutan itu, netizen membuat spekulasi hubungan mereka berdua sedang goyah namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini. Neelofa ketika ditemui Media Hiburan memberitahu menyokong penuh setiap keputusan yang dibuat kakaknya itu.

IG story cetus pertanyaan

Menerusi Instagram Stories yang dimuat naik Nabila, ada desas desus mengatakan rumahtangga mereka sekali lagi dilanda badai. Neelofa ketika ditanya pihak media mengenai perkara ini tidak mahu mengulas lanjut namun menyokong penuh setiap keputusan yang dibuat Nabila demi kebahagiaan dirinya dan Jebat Jayden.

Nabila seorang yang kuat

 

View this post on Instagram

 

Ini pendiriannya. #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Kata Neelofa lagi, dia berkongsi rumah dengan Noor Nabila dan akan sering ditanya jika apa-apa berlaku di antara mereka. Tetapi jika berkaitan rumahtangga, dia bukanlah orang yang tepat untuk menjawab persoalan media.

Saya tahu, saya merupakan individu yang akan ditanya mengenai apa sahaja perkara yang berlaku melibatkan mereka. Tetapi apabila bercakap mengenai situasi yang berlaku, saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab setiap persoalan media.

Cuma saya nak semua orang tahu saya akan menyokong apa sahaja tindakannya asalkan kakak saya gembira. Saya, keluarga dan rakan-rakan sentiasa berada di belakangnya dalam apa sahaja situasi.

Nabila layak yang terbaik dari segi siapa pasangannya, dia layak mendapatkan yang terbaiklah dalam kehidupan rumahtangga. Semoga Allah permudahkan.

Tambahnya lagi, Nabila seorang yang sangat kuat dan tidak mudah tunjuk apa yang dirasainya kepada keluarga. Nabila sendiri sudah melalui pelbagai dugaan dan dia layak mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya.

Sumber : Media Hiburan , Noor Nabila

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×