berita

‘Saya Sudah Hantar Anak Ke Syurga’ – Bayi 3 Bulan Maut Disyaki Didera Ibu Kandung

September 12th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang bayi perempuan, Median Sandra berusia tiga bulan dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh ibu kandungnya sendiri.

Menerusi Harian Metro, mangsa kemudian ditemui oleh bapanya dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

Ibu terbaring di sebelah bayi

Pihak klinik memberi rawatan kecemasan ke atas bayi tersebut namun mangsa gagal diselamatkan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat unsur penderaan terhadap fizikal bayi sebelum kes ini dilaporkan ke balai polis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu disedari oleh bapa mangsa ketika dia pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya. Dia kemudian melihat isterinya itu sudah terbaring di sebelah bayi berkenaan.

Kemudian lelaki terbabit bertanya kepada isterinya sama ada mahu makan ke tidak, tetapi wanita terbabit memaklumkan sudah menghantar anak mereka itu ke syurga.

Terkejut dengan jawapan isterinya, bapa bayi berkenaan segera membawa anaknya itu ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan dari pihak paramedik.

Pemeriksaan awal dilakukan doktor terhadap fizikal kanak-kanak terbabit didapati mungkin ada unsur penderaan.

Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan.

Bercakap sesuatu yang tidak masuk akal

Bapa bayi tersebut dikatakan telah membawa mangsa pulang ke Cheneh sementara ibunya berada di Besut untuk berpantang.

Selepas melahirkan bayi sulung itu, ibu mangsa pulang berpantang di rumah ibunya di Besut dan dalam tempoh dua hari berpantang, suaminya berusia 27 tahun membawa pulang anaknya itu untuk dijaga di Cheneh.

Saya beberapa kali melawat ibu dan bayi itu ketika dalam pantang, tetapi tidak nampak apa yang pelik termasuk meroyan atau sebagainya.

Cuma saya pernah dengar dia ada bercakap sesuatu yang tidak masuk akal, tetapi tidak pasti sama ada mengalami sebarang tekanan atau sebaliknya.

Dihantar ke rumah pengasuh

Walau bagaimanapun, bayi berkenaan sering dibawa oleh bapa ke Besut untuk bertemu dengan ibunya. Sebelum ke tempat kerja, bapa bayi berkenaan telah menghantar anaknya itu ke rumah pengasuh untuk dijaga.

Namun sejak dua minggu lalu, ibu bayi berkenaan dibawa pulang ke rumah mereka di Cheneh.

Saya difahamkan semalam dan hari ini, ibu Madian Sandra tidak mahu anaknya itu dihantar ke rumah pengasuh dan saya tidak sangka perkara tidak diingini berlaku.

Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasatan. Pihak polis turut memaklumkan siasatan masih dijalankan dan ibu mangsa juga ditahan untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro, Utusan Online

 

SKIP THIS AD ×