berita

Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Dalam Keadaan Masih Memeluk Bayi

June 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan mendakap bayinya manakala dua lagi anaknya memeluk mayat ibu mereka itu dari belakang.

Artikel Berkaitan: Tiba-Tiba Menyepi, Mayat Influencer Ditemui Dalam Kolam & Mangsa Mungkin Dibunuh

Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Kekasih Hamil 3 Bulan Guna Pisau Ukuran 20 Cm

Mangsa keganasan rumah tangga

Suspek: Mashuri (berbaju oren)  Foto: Tribun News

Mayat wanita yang masih dalam pantang tersebut dikenali sebagai Budiati dan telah ditemukan di dalam rumah sewanya di Perumahan Griya Pesona II, Desa Kutoharjo, Pati di Jawa Tengah, Indonesia pada petang Rabu.

Ketika kejadian, suami mangsa, Mashuri yang baru sahaja pulang dari bekerja di daerah Rembang setelah beberapa hari, menemui mangsa dalam keadaan kaku di dalam sebuah bilik tidur.

Paling menyayat hati, bayi mereka yang berusia sebulan sedang dipeluk mangsa manakala dua lagi anaknya yang berusia dua dan empat tahun memeluk tubuh wanita itu dalam keadaan kelaparan dan tidak berdaya.

Melihat keadaan isterinya yang terbujur kaku, Mashuri segera meminta bantuan penduduk setempat manakala anak bongsunya mengalami dehidrasi dan dikejarkan ke hospital.

Mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia dua hari sebelum mayatnya ditemui.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pati, Kompol Onkoseno G Sukahar berkata hasil bedah siasat mendapati kematian wanita berusia 31 tahun itu dipercayai kerana didera. Pihak polis kemudiannya mengesyaki suami mangsa sebagai suspek.

Daripada hasil bedah siasat, terdapat kesan lebam di kepala mangsa yang akhirnya mengakibatkan kematian mangsa, namun kecederaan itu tidak berlaku serentak.

Lebih-lebih lagi keadaan mangsa yang baru sahaja bersalin dan akhirnya, akibat lebam itu mangsa meninggal dunia.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia bertindak sedemikian kerana cemburu terhadap isterinya.

Suami mangsa mengaku memukul isterinya pada Jumaat minggu. Sebelum itu, dia juga pernah mendera mangsa gara-gara mangsa melarang suspek untuk melihat telefon bimbitnya.

Ini membuatkan suspek mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×