berita

‘Saya Sudah Lama Berhajat..’ – Nak Bantu Golongan Memerlukan, Neelofa Tubuh Pertubuhan

June 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Usahawan dan selebriti terkenal tanah air, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikan pertamanya yang dinamakan Pertubuhan Kasih Neelofa. Menurut Neelofa, idea tersebut tercetus beberapa tahun lalu dan dia percaya Pertubuhan Kasih Neelofa bakal menjadi platform terbaik untuk dirinya terlibat dengan masyarakat secara total.

Saya sudah lama berhajat

Saya sudah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa membabitkan saya secara keseluruhan. Saya mahu memberi fokus 100 peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi masyarakat.

Sebagai contoh, jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu itu dan terus berhubung dengannya. Saya mahukan pendekatan seperti itu.

Mengulas lebih lanjut mengenai pertubuhan yang ditubuhkan, Neelofa memberitahu bahawa hajatnya untuk membantu golongan yang memerlukan. Tambahnya, dia mahu mendekati dan mendalami masalah yang dihadapi masyarakat di negara ini.

Mempunyai tiga teras utama

Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi tiga teras utama iaitu keagamaan, kemasyarakatan dan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik. Ujar Neelofa lagi, Pertubuhan Kasih Neelofa itu diterajui bersama ibu, ibu saudaranya, Ustaz Azam dan ia adalah pertubuhan peringkat kebangsaan.

Teras keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Manakala untuk teras kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan sukarelawan.

Bagi teras bantuan untuk golongan kurang bernasib baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim. Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka. Kemudian cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal.

Antara aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah pertubuhan tersebut adalah Qurban Kasih Neelofa sempena Aidiladha nanti.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×