berita

‘Saya Suka Benda Cantik, Sebab Tu Saya Pernah Berangan Nak Jadi Pramugari..’ – Ernie Zakri

December 18th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi Ernie Zakri pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pramguari ketika usianya di bangku sekolah rendah.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Jangan Mati Rasa Itu, Astana & Darah Antara 12 Lagu Ke AJL38

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Hasrat Ziana Zain Mahu Lihat Ernie Zakri Nyanyi ‘Astana’ Tercapai – ‘Dia Sudah Bekerja Keras’

‘Sebenarnya masa kecil dulu saya nak jadi pramugari’

Ketika ditemu bual OhBulan! menerusi ‘Show Dalam Bilik’, Ernie berkata, cita-cita tersebut mula tercetus kerana dia tertarik melihat penampilan seorang pramugari.

Sebenarnya masa kecil dulu saya nak jadi pramugari. Tapi masa tu saya rasa umur 18 tahun boleh tinggi, rupanya dah ditakdirkan saya memang tak tinggi. Ketika tu saya sangat suka benda-benda yang cantik sebab saya tengok pramugari semua lawa. Jadi sebab tu saya berangan.

Namun selepas kerap mengikuti bapanya ke pertunjukan acara perkahwinan iaitu ketika berusia 9 hingga 10 tahun, Ernie mula meminati bidang nyanyian sehinggalah dia membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik.

Saya sambung pengajian di universiti awam dalam bidang muzik. Masa  tu perspektif ramai kata kalau masuk bidang muzik, mesti nak jadi popular. Dari situ mulanya, saya belajar betul-betul dan mungkin sedikit sebanyak cuba untuk menukar perspektif orang di luar sana.

Ibu bapa saya jenis terbuka. Mereka kata, kalau nak jadi pemuzik, belajar betul-betul. Saya ambil bahagian persembahan dan vokal, dari situ saya pasang impian nak jadi guru vokal.

Bercerita dengan lebih lanjut, Ernie memberitahu bahawa dia mempunyai keluarga berlatar belakang seni. Tambah pelantun lagu Astana itu lagi, neneknya juga merupakan peminat tegarnya.

Masa kecil baru saya tahu, Pak Ngah (Anuar Zain) dan Mak Long (Ziana Zain) keluarga saya juga. Dari situ saya simpan harapan, nak jadi macam diorang. Mereka antara idola saya.

Tambah isteri kepada penyanyi terkenal, Syamel itu memberitahu bahawa dia menjalinkan hubungan rapat dengan Anuar dan Ziana Zain malah mereka sering berjumpa dan bersembang mengenai muzik.

Sekadar info, Ernie bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) dengan membawakan lagu Astana. Sebanyak 12 lagu yang berjaya mara telah diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

Untuk makluman, AJL 38 dijadualkan bakal berlangsung di dewan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac 2024.

Video

SKIP THIS AD ×