berita

#SFMM38: Ernie Zakri Menang Lagu Terbaik Pilihan Alha Alfa, Dapat Undian Tertinggi

December 16th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

ernie zakri 23

Hasrat peminat untuk melihat penyanyi Ernie Zakri mengikut jejak Aina Abdul memenangi lagu terbaik tidak kesampaian di saingan hari kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM38), pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri ‘Rebut’ Dari Nadeera, Bakal Berentap Di Pentas SFMM38 Esok

Artikel Berkaitan: ‘Ernie Zakri Masih Lagi Rocketfuel Ketika Lagu Astana Dicalonkan Di SFMM38’

Menang lagu pilihan penaja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu berjaya memenangi kategori Lagu Pilihan Alha Alfa dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000 menerusi lagu ‘Astana’.

Lagu ‘Astana’ berjaya memenangi kategori tersebut selepas meraih undian tertinggi daripada peminat yang tidak putus memberi sokongan.

Turut bersaing pada hari pertama SFMM38 adalah lagu Korbankan Kita (Mojo), Kamu Kamu (Wani Kayrie), Alah Bisa (Amira Othman & Putera Muhammad), Astana (Ernie Zakri), Cinta Hanya Buatan (Afieq Shazwan & Muna Shahirah), Cinta Sahabiyah (Datin Alyah), Menyantun Kasih (Siti Nordiana), Sejuta Maaf (Liza Hanim), Sutera (Aisya Retno), dan Kalam (Shiha Zikir).

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×