berita

#SFMM38: Ernie Zakri Dedah Nadeera Zaini Ada Mesej Untuk Mohon Maaf – ‘Kami Berdua Tersepit’

December 17th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri menyatakan dirinya tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Nadeera Zaini berhubung isu lagu Astana yang menjadi kontroversi di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38).

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Amir Jahari Dedah Alami Kemurungan, Pernah Cuba Terjun Jambatan 3 Kali – ‘Alhamdulillah Saya Tak Teruskan’

Artikel Berkaitan: #SFMM38: ‘Santai’ Bolot Lagu Terbaik & Lagu Pilihan Alha Alfa! Bawa Pulang RM5,000

Tidak bermasam muka

Ernie Zakri

Ketika ditemui OhBulan! Ernie berkata Nadeera ada menghubunginya menerusi mesej pesanan ringkas di Instagram untuk memohon maaf.

Jelasnya, mereka berdua tiada mempunyai sebarang masalah malah hubungan berada dalam keadaan baik.

Saya sudah berbincang dengan Nadeera tentang perkara ini dan sudah selesai. Saya menghormati dia untuk menyanyikan lagu ini. Saya hormati dia apabila dia kata tidak tahu menahu tentang perkara ini.

Kalau saya berada di tempat Nadeera pun saya akan menyanyikan juga lagu Astana. Tiada apa yang harus dipersalahkan, kerana Nadeera hanya menggalas tanggungjawab.

Dia ada menghubungi saya di DM Instagram sebab dia tidak mempunyai nombor saya. Mesej yang panjang. Saya percaya dia mesti sedih.

Saya dan Nadeera tiada sebarang isu. Kami sudah berbaik. Dia cakap maaf dan saya juga minta maaf. Kami berdua tersepit sebab tidak tahu apa yang berlaku.

Kami hanya mencari makan, kami hanya penyanyi. Saya kalau jadi Nadeera, bagi lagu apa pun saya nak nyanyi. Kami bina hubungan yang baik semula.

Ernie berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media usai pengumuman 12 finalis yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, pada Ahad.

Dalam masa sama, Ernie meluahkan rasa syukur apabila dia akhirnya diberikan keizinan untuk menyampaikan sendiri lagu ciptaannya itu.

Sudah pasti saya tertekan dengan kontroversi yang membabitkan lagu Astana, tapi saya tidak mahu ingat semula keadaan itu. Tapi saya perlu menghormati label baharu iaitu Universal Music Malaysia.

Ada berlaku perbincangan dengan pihak atasan label saya, sangat bersyukur mereka memberikan keizinan untuk saya.

Saya sendiri tak sangka perjuangan ini sampai ke AJL. Kalau saya tak lawan untuk lagu ini secara peribadi rasa tidak seronok.

Diminta mengulas mengenai perasaan berjaya layak ke AJL38, penyanyi berusia 31 tahun itu meluahkan rasa syukur dan gembira.

Saya rasa sangat gembira apabila Astana layak ke AJL. Ini bukan kerja keras saya seorang, termasuk semua orang terlibat dengan lagu ini.

Saya sebagai penyanyi asal dan komposer lagu Astana sudah pasti rasa gembira dan bersyukur. Lagu ini adalah sangat peribadi untuk saya. Nilai sentimental pada lagu ini sangat besar. Kerana ia kesinambungan Ku Bersuara.

SKIP THIS AD ×