Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui lebih gemar mengadakan konsert berskala besar berbanding membuat persembahan di acara kecil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Puji Siti Nurhaliza Bawa Doktor Peribadi Bercuti Ke Korea Selatan, Netizen Usik – ‘Helok Juga’
Artikel Berkaitan: Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ Bakal Berlangsung Ogos Ini Di Genting Higlands!
Lebih suka konsert
Menurut pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 45, dengan menganjurkan konsert berskala besar, secara tidak langsung dapat mencabar kredibilitinya sebagai seorang penyanyi selain menguji fizikal dan mental.
Saya pernah ditanya lebih seronok buat persembahan di show biasa atau konsert? Saya jawab memang show biasa ini mudah kerana nyanyi dua tiga lagu sahaja.
Kemudian habis persembahan balik rumah. Tidak perlu fikir tentang persediaan yang makan masa lebih sebulan.
Tetapi sejujurnya saya lebih suka buat konsert, sebab di situ akan uji saya punya fizikal dan mental.
Dengan adakan konsert juga jadikan saya seorang yang lebih kreatif, sentiasa cari idea baru. Adrenalin saya memang untuk konsert. Saya suka cabaran konsert.
Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu sesi temu bual baru-baru ini sebelum dikongsikan semula di TikTok oleh kelab peminatnya.
Tambah pelantun lagu Purnama Merindu itu, dia bersyukur kerana dapat menganjurkan beberapa konsert berskala besar pada tahun ini.
Malah, Siti berkata dia akan membawa semangat di konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang berlangsung Mac lalu pada konsert lain yang akan datang.
Sebab itu, bila kata pada tahun ini saya diberi rezeki untuk adakan konsert besar, saya kata tidak mengapalah (teruskan) memandangkan sebelum ini sudah fokus dengan konsert Epitome.
Sumber: TikTok