Pelakon, Meerqeen berkongsi ciri-ciri wanita idaman yang mampu menambat hatinya untuk dijadikan kekasih hati.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Nafi Sedang ‘Prep’ Ke Hollywood – ‘Itu Hanya Gurauan Dengan Kawan’

Artikel Berkaitan: Meerqeen Tiba-Tiba Ucap ‘Selamat Tinggal’, Peminat Mula Risau – ‘Saya Tak Akan Berada Di Sini Untuk Sementara’

‘Suka perempuan tinggi’

Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, berkata, faktor utama yang dititikberatkan bukanlah tentang penampilan semata-mata, sebaliknya adab dan sikap dengan keluarga.

Saya suka perempuan yang tinggi dan berwajah cantik. Saya juga minat dengan perempuan yang ‘free hair’.

Tetapi yang paling utama adalah perempuan itu pandai menghormati keluarga saya, sebab saya juga akan menghormati keluarga dia.

Kalau dia bertudung atau tidak pun, saya okay sahaja, asalkan mempunyai adab yang baik.

Meerqeen berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah podcast Myn and Cat yang dihoskan oleh Yasmin Hani dan Catriana Rose.

Dalam masa sama, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut berkongsi perkembangan terbaharu kerjaya seninya apabila memaklumkan bakal terlibat dalam sebuah filem baharu.

Untuk permulaan 2026, saya sedang sibuk dengan sebuah filem. Sebab itu sekarang saya banyak buat ‘workout’.

Walaupun bukan watak tunjang, tetapi sebagai watak sokongan, saya akan banyak terlibat dalam babak berlawan.

Apa yang boleh saya kongsikan, saya akan memegang watak jahat dalam naskhah tersebut.

Tambah Meerqeen, membawakan watak antagonis itu merupakan pengalaman pertama sepanjang karier lakonannya.

Ini adalah watak jahat pertama saya. Tak pernah buat sebelum ini. Bosan juga kalau asyik jadi watak baik sahaja.

Sumber: YouTube