Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira apabila dapat merakamkan banyak album ketika suaranya melalui pelbagai fasa perubahan.
Artikel Berkaitan: ‘Penyatuan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Merupakan Pencapaian Membanggakan Sepanjang Huzz Bergelar Wartawan’
Artikel Berkaitan: Ezuwan Ismail Cabar Diri Buat Busana Tradisional, Kagum Dengan Cara Kerja Siti Nurhaliza – ‘Bukan Senang Nak Dapat Pujian Datuk K’
Lalui pelbagai fasa
Menurut pemilik nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 45, antara fasa yang pernah dilalui adalah ketika zaman persekolahan, remaja, alam perkahwinan dan selepas melahirkan cahaya mata.
Banyak ragam masing-masing (peminat), ada yang kata ‘suka suara Siti ketika dulu, suka suara Siti yang kecil dan kalau boleh nak suara Siti kekal macam itu’.
Saya beruntung kerana dapat merakamkan lagu dalam banyak fasa, ada fasa budak sekolah yang mana ketika itu suara saya sangat kecil.
Dulu saya akui banyak menyanyi menggunakan hidung, kedengaran macam sengau. Dulu saya pernah teringin nak sangat suara ada base.
Habis fasa sekolah, masuk fasa remaja yang mana ketika itu suara saya semakin tebal. Kemudian fasa selepas kahwin, kemudian suara ketika mengandung.
Siti berkongsi mengenai perkara itu sewaktu melakukan persembahan di Konsert Fenomena yang berlangsung di Theatre, Singapura, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelantun lagu Cindai ini memberitahu dia menyukai suaranya yang sekarang.
Suara saya dan semua orang sebenarnya akan berubah. Menurut Aubrey Suwito peti suara ada muscle, apabila sering digunakan akan menjadi lebih matang dan ada base. Saya suka suara saya yang sekarang.
Sumber: TikTok