Pelakon semakin meningkat naik, Trisha Ooi meletakkan prinsip dan batas dalam penampilannya terhadap sesuatu watak yang dijayakannya.
Artikel Berkaitan: Dikecam Seksi & Sakan Bergelek, Baby Shima Respons ‘Mana Seksi? Hanya Bagi 50 Peratus Saja’
Tolak tawaran babak keterlaluan, seksi
Ketika ditemui OhBulan!, Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata, dia akan memilih tawaran kerja yang diberikan kepadanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjayakan sesuatu watak meskipun ditawarkan bayaran yang tinggi.
Pelakon cantik berusia 24 tahun itu akui, ada lagi tawaran yang masih dalam perbincangan. Ujar Trisha lagi, dia akan menolak sesuatu tawaran sekiranya melanggar prinsip dan batas pemakaian yang ditetapkannya.
Saya sendiri tahu batasan saya dalam berpakaian dan apa babak-babak yang saya labelkan sebagai keterlaluan. Saya minta masa untuk perbincangkan, atau buat rombakan. Kalau tidak, mungkin itu bukan rezeki saya.
Ada batasan yang saya tetapkan supaya tidak melebihi, jika terlebih mungkin saya akan tolak walaupun bayaran lumayan. Contohnya, kalau perlu berbikini, tak boleh. Begitu juga berpakaian yang menampakkan baju dalam dan adegan melampau.
Sekadar info, Trisha bersama beberapa barisan pelakon berbakat iaitu Johan As’ari, Faizal Hussein, Khatijah Tan telah membintangi drama Menanti Senja terbitan Anomali Media & Production yang ditayangkan di slot Samarinda di TV3.