berita

‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher

July 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bapa kepada mangsa dikelar di leher memberitahu dia tidak menyangka hubungan baik anak dan menantunya sejak berkahwin tahun lalu, berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Artikel berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

Artikel berkaitan: Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’

Tidak bernyawa

Menurut Rosman Ahmad, dia terkejut ketika melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran darah dan tidak bernyawa dipercayai dikelar di leher oleh menantunya sendiri di Kampung Bakar Batu di sini, tengah hari tadi.

Sejak berkahwin, pasangan itu hidup bahagia. Anak saya dan menantu memang anak yang baik. Mereka tiada masalah. Saya tidak pernah dengar mereka bergaduh. Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja. Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas itu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja penyediaan makanan.

Tambah Rosman, dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya, sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

Terbaring depan pintu rumah

Foto: Sekadar gambar hiasan

Bila saya sampai, anak pertama dan kedua sudah ada di sini (rumah keluarga suspek), saya lihat anak perempuan saya terbaring depan pintu rumah dengan luka di leher macam dikelar. Cucu lelaki saya, juga terdapat luka di leher, ketika itu ada jururawat sedang mengendongnya. Tetapi, saya difahamkan cucu saya ditemui di sisi ibunya.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×