berita

‘Saya Tak Ambil Laki Orang’ – Beza Umur 12 Tahun, Suami Disangka Anak, Wanita Diperli Muka ‘Mak-Mak’

April 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata ‘jodoh tak kenal usia’. Ada wanita ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berusia dan ada juga berjodoh dengan pasangan lebih muda. Akan tetapi, itu semua bukanlah satu penghalang untuk mereka mengecapi kebahagiaan.

Tetapi lain pula kisahnya yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila niatnya berkongsi video bersama suami telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah komen positif mahupun negatif.

Beza umur 11 tahun

Memang tak dapat dinafikan, wanita yang dikenali dengan nama Roziliana sering berkongsi video dan gambarnya bersama suami di akaun TikTok miliknya tetapi lain pula yang jadinya apabila video tersebut telah viral gara-gara wajah wanita ini yang didakwa lebih berusia jika dibandingkan dengan pasangannya. Tidak terhenti di situ, ada segelintir netizen seakan sengaja meninggalkan komen sindiran dan tergamak menggelarkan wanita ini sebagai ’emak’ sedang bergambar bersama ‘anak’. Malah, tidak kurang juga ada yang memberi kata-kata semangat dan berharap agar wanita ini bersabar dengan ‘tuduhan’ netizen.

Walaupun begitu, wanita ini yang berusia 45 tahun ini langsung tidak melatah sebaliknya dia bersyukur kerana dipertemukan dengan suaminya yang berusia 33 tahun. Malah, dia juga menegaskan tidak salah jika seseorang itu bertemu jodoh dan berkahwin dengan orang yang lebih tua atau muda. Meskipun jarak usia mereka 12 tahun, tetapi itu bukanlah penghalang untuk pasangan ini merasai kebahagiaan.

Sweet!

@manjefizi#team?purple?? nak try jgk la yg org kata viral ni..xtaw le jd ke idok?@haffizi88? Mi favorite song – ???????????

Komen netizen

Sumber: Manjefizi

SKIP THIS AD ×