Nama pelakon Nabila Huda menjadi bualan ramai di media sosial gara-gara resepi nasi goreng.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Mahu Buat IVF Sebab Pernah Hamil’ – Nabila Huda
Artikel Berkaitan: Pernah Pasang Impian Nak Jadi ‘Hantu’, Nabila Huda Teruja Sertai Night of Fright 8
Guna nama?
Buat nasi goreng pun kena bahan dgn Nabila Huda eh. Kesian owner video. Siap cakap jahanam lagi. Macam lah dia tu terpaling chef. Ee annoying nya artis suam kuku mcm ni. Kutuk kutuk rezeki. pic.twitter.com/6W1E8Oattr
— Alia Natasya (@_alianatasyah) October 14, 2022
Menerusi hantaran di TikTok, Nabila atau lebih mesra disapa Abil menjelaskan dia tidak berniat untuk mencaci atau mengutuk masakan nasi goreng yang dilakukan oleh seorang wanita.
Aktres berumur 37 tahun berkata dia berasa lucu kerana individu itu didakwa menggunakan nama ‘Nasi Goreng Viral Nabila Huda’ tetapi tidak mengikut resepi asal.
Isu yang diviralkan ini sangat la remeh untuk saya saya layan, tetapi memandangkan makin serius, saya terpaksa la ke depan supaya masing-masing boleh kembali tenang.
Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecik hati.
Tapi, saya hanya geli hati tengok gelagat awak semua yang kreatif masak nasi goreng saya dengan cara masing-masing.
Kepada adik yang post benda yang rakam dari Instastory saya ini, saya rasa awak boleh saja direct message (DM) saya, bagitahu apa yang awak marah dan tak puas hati dengan post saya tu.
Tak jadi masalah untuk saya nak minta maaf dengan ikhlas untuk bagi hilangkan kemarahan awak.
Jangan marah-marah
Tambah pemilik nama Nur Nabila Huda Suhaimi, dia tidak ‘tumpas’ dengan kecaman dan kritikan daripada ‘makcik bawang’.
Apa yang buat awak terasa sangat sampai nak menimbulkan isu besar yang sampai menyebabkan orang mengutuk saya dengan pelbagai bentuk?
Kalau nak jadi influencer, jadi la influencer yang influence benda yang berfaedah. Bukan dengan niat nak posting untuk viral meminta simpati dan raih perhatian dan viewers hanya kerana satu benda yang sangat kecil.
Saya bukan post ini sebab saya tak kuat kena kecam. Saya okey saja mana-mana. Saya cuma nak terangkan supaya awak faham ada banyak cara untuk selesaikan masalah dalam hidup. Bukan di media sosial.
Apa pun, terima kasih sebab sebab awak berjaya influence orang mengutuk dan memburukkan saya.
Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 turut memohon maaf seandainya perbuatan dirinya telah membuatkan segelintir pihak berasa kurang senang hati.
Sumber: Twitter @_alianatasyah & TikTok @abilsuhaimi