berita

‘Saya Tak Boleh Biarkan Anak Saya Sendiri’ – Ibu Park Si Jun Sempat Tulis Surat Sebelum Bunuh Diri

November 3rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam kematian Park Ji Sun menjadi bualan hangat netizen di laman media sosial. Rata-rata peminat di seluruh dunia terkejut dengan berita sedih itu. Park Si Jun ditemui mati bersama ibunya di rumah mereka di Map-gu dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan luaran.

Surat terakhir

Menurut laporan, ayah Park Ji Sun menghubungi pihak polis selepas gagal menelefon isteri dan anaknya. Ketika bergegas ke rumah mereka, polis menemui sepucuk surat yang ditulis oleh ibu Park Ji Sun yang disangka akan menjadi wasiat terakhirnya. Oleh itu, polis mengesyaki kejadian itu sebagai bunuh diri.

Keluarga Park Ji Sun meminta agar isi surat itu tidak didedahkan kepada orang ramai untuk mengelakkan sebarang spekulasi mengenai mendiang. Menurut media Chosun, nota itu ringkas bertajuk ‘Daughter (Park’s) yang memberitahu bahawa anaknya menderita penyakit kulit. Dalam proses pemulihan, penyakit anaknya itu menjadi semakin teruk.

Saya tak boleh biarkan anak saya sendiri. Saya minta maaf kepada suami saya (ayah Park Ji Sun).

Dalam temubual pada tahun 2014, Park Jin Sun pernah memberitahu bahawa dia menderita penyakit kulit yang menyebabkan gatal atau ruam ketika terkena sinar matahari. Walau bagaimanapun, isi kandungan terperinci tidak didedahkan oleh pihak polis kerana menjaga hak privasi keluarga mendiang.

Sempat maklumkan akan lakukan pembedahan kecil

Dalam pada itu, pihak polis juga memaklumkan Park Ji Sun sempat ditemubual oleh pihak media sebelum bunuh diri. Wartawan hiburan itu mendedahkan bahawa pelakon itu berhenti berehat dari dunia hiburan pada pertengahan bulan Oktober atas masalah kesihatan. Dia memaklumkan terpaksa berehat kerana ingin membuat persediaan dalam menjalani pembedahan kecil pada 23 oktober. Namun, Park Ji Sun memberitahu keadaannya sihat dan orang ramai tidak perlu risau.

Park Ji Sun merupakan seorang pelajar lulusan Universiti Korea elit dalam jurusan pendidikan, tetapi akhirnya menjadi pelakon komedi kerana sikapnya yang bersahaja dan disenangi ramai orang.

Saya bernasib baik sebagai pelawak kerana saya dapat menggunakan wajah saya untuk membuat orang ketawa.

Terdahulu dia sempat memberitahu bahawa dia bernasib baik kerana orang ramai terhibur melihat wajahnya ketika dalam temu bual dengan akhbar Hankyoreh. Beberapa selebriti Korea Selatan telah bunuh diri dalam beberapa tahun kebelakangan ini, di antaranya penyanyi K-pop Goo Hara dan Sulli, yang kedua-duanya telah mengalami siber buli ganas, dan Kim Jong-hyun dari boyband Shinee.

Sumber : Rappler, AllKpop

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×