berita

‘Saya Tak Boleh Pilih Darah & DNA’ – Agnez Mo Buka Mulut Lepas Digelar ‘Lupa Daratan’

November 27th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, industri hiburan Indonesia dihangatkan dengan kenyataan dikeluarkan oleh penyanyi dan pelakon jelita, Agnez Mo dalam satu temubual bersama Kevan Kenney di Yahoo’s BUILD Series yang mengatakan bahawa dia sedikit pun tidak mempunyai latar belakang asal dari negara Indonesia. Ekoran daripada itu, Agnez telah menerima kecaman yang hebat daripada rakyat Indonesia termasuklah para peminatnya. Walaupun begitu, ramai rakan artis turut memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral buat penyanyi ini.

Terbaru, salah seorang rakan artis iaitu Erdian Aji Prihartanto atau lebih dikenali dengan nama Anji ada memuat naik satu posting perbualannya dengan Agnez melalui DM Instagram berhubung dengan isu tersebut.

Berbangga jadi rakyat Indonesia

https://www.instagram.com/p/B5WXlKchb_6/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Menerusi posting di laman Instagram, Anji Manji menjelaskan kenyataan sebenar yang cuba disampaikan oleh Agnez dalam temubual tersebut bukanlah bermaksud dia lupa daratan dan tidak berbangga dengan Indonesia seperti yang didakwa segelintir netizen. Sebaliknya, Agnez hanya membicarakan mengenai asal usul keturunannya yang tiada langsung darah Indonesia malah dia sebenarnya berdarah Jerman, Jepun, Cina dan hanya dilahirkan di Indonesia. Tetapi maksudnya itu telah disalahertikan oleh netizen.

Walaupun begitu, dia tetap berbangga menjadi rakyat Indonesia kerana negara tersebut banyak mengajarnya tentang kepelbagaian budaya. Tambahnya lagi, dia berpegang kepada Bhinneka Tunggal Ika yang bermaksud perpaduan dalam kepelbagaian. Baginya, dia sangat berbesar hati dan gembira apabila dapat berkongsi sesuatu tentang asal usulnya dan negara dia dilahirkan iaitu Indonesia.

Orang yang menonton program ini pasti lebih tahu tentang Indonesia dan tahu mengapa saya sentiasa membawa budaya itu kerana saya merupakan seorang rakyat Indonesia. Jika saya tidak berbangga menjadi rakyat Indonesia, mengapa saya terus membawa budaya tradisional Indonesia di sana? Sedih.

Hanya lihat sebahagian video sahaja

https://www.instagram.com/p/B5VlVvqJV-s/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Sebelum ini juga, Agnez Mo ada membuka mulut mengenai isu ini di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa sedih dan terkilan terhadap sikap segelintir individu yang hanya menuding jari ke arahnya dengan hanya menonton sebahagian video yang telah di edit sahaja. Tindakan tidak bertanggungjawab individu itu dengan memutarbelitkan kata-kata dan niatnya sehingga telah menimbulkan kebencian dalam kalangan masyarakat Indonesia.

Tambah Agnez lagi, dia tidak boleh memilih darah atau DNA tetapi dia sentiasa berpegang dan berbangga dengan negara kelahirannya iaitu Indonesia. Dalam pada itu, Agnez juga turut menasihati orang ramai supaya belajar melihat keseluruhan video tersebut sebelum menilai dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

Sumber: Anji Manji Agnez Mo

SKIP THIS AD ×