Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan dia sedia memaafkan anaknya itu susulan dengan kemelut yang melanda keluarga mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Sarah Minta Duit & Harta Yang Berlebihan, Dia Pesan Jangan Beritahu Orang’ – Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah ‘Petik’ Video Lucah Syamsul & Ira Kazar, Minta Jual Kereta Lamborghini Bayar Nafkah
‘Sebagai ibu saya maafkan’
Luahan tersebut dikongsikan Datin Patimah menerusi hantaran di Instagram Stories. Bagaimanapun, isteri kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini akui tidak boleh menerima perbuatan dilakukan Syamsul terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana. Malah anak lelakinya itu dilihat lebih mempertahankan keluarga isteri keduanya, Ira Kazar berbanding Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebagai ibu saya maafkan Syamsul tapi saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu.
Menerusi perkongsian lain, Datin Patimah meluahkan rasa syukur dengan ujian yang dilalui mereka sekeluarga kerana dia percaya bahawa perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.
Ya, Allah aku tetap bersyukur walau apa pun berlaku kerana perancangan Mu adalah yang baik buat kami walaupun perkara itu tidak baik
Terdahulu, proses lafaz cerai oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah yang dijadualkan berlaku pada 18 April tertangguh disebabkan pihak mahkamah ingin mendapat penjelasan daripada pengerusi JKP pada prosiding seterusnya yang dijangka berlangsung pada 25 Mei depan.
Sumber: Datin Patimah Ismail