Beberapa hari lalu tular mengenai adik neelofa yang dikatakan memperlekehkan telefon bimbit berjenama Samsung melalui sebuah video yang dimuatnaik melalui akaun media sosialnya. Hal berkenaan telah menaikkan kemarahan netizen dan bertindak untuk mengecam gadis ini.
Terbaru, adik Neelofa (Ameera Khan) melalui akaun Instagram peribadinya memuatnaik status permohonan maaf berhubung dengan rakaman video terbabit.
‘Samsung? Euww..’
https://www.youtube.com/watch?v=uzEcaZzdbos
Video tersebut telah ditonton sebanyak 309k kali melalui siaran YouTube milik Ameera dan mendapat komen melebihi 2k yang rata-ratanya tersinggung dengan jawapan yang diberikan.
‘Saya tak fikir apa yang keluar dari mulut..’
Berikutan isu terbabit, Ameera Khan akui bahawa dia tidak berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut disebabkan terlalu selesa di hadapan kamera dan orang yang berada disekitarnya ketika itu.
‘Bukan niat untuk naikkan kemarahan orang ramai..’
Dalam pada itu, Ameera juga turut menyatakan bahawa dia sedar kata-katanya itu telah menyinggung banyak pihak namun dia menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menaikkan kemarahan orang ramai.
‘Lain kali saya akan pilih sesuatu yang tak menyinggung..’
Katanya lagi, dia pasti akan menimbang semula setiap apa yang ingin diperkata dan akan memilih sesuatu yang tidak akan menimbulkan kontroversi atau menyinggung mana-mana pihak.
Credit: littlemisskhan