berita

‘Saya Tak Ketuai Saintis NASA’ – Dr Amani Buka Cerita Sebenar, Nafi Bekerja Di NASA

May 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang anak muda Malaysia didakwa ‘menipu’ mendapat tawaran biasiswa dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Namun tahukah anda, seorang wanita Malaysia pernah mencipta fenomena besar apabila berjaya mencatat sejarah sebagai wanita pertama Malaysia terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi NASA, Amerika Syarikat (AS) ke planet Marikh.

Walau bagaimanapun, menurut beliau dia bukanlah wanita pertama yang terlibat dalam penyelidikan ini. Malah dia turut memaklumkan bahawa dia bukan bekerja di NASA seperti yang didakwa oleh media.

Mengetuai projek nanosatelit NASA

Mungkin ada yang masih tidak mengenali Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim yang merupakan seorang pakar satelit yang pernah berkhidmat dengan NASA dan kini bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Bioteknologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga merupakan anak kepada mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau juga mencipta teknologi sensor baru dan terlibat pembinaan satelit yang telah dilancarkan ke angkasa. Dan kini, beliau akhirnya memilih untuk pulang berkhidmat di Malaysia, dan telah mencipta satu alat teknologi sensor untuk mengukur kualiti air. Inovasi itu mendapat pujian ramai memandangkan ianya cetusan idea beliau yang di inspirasikan daripada bencana banjir yang sering melanda Malaysia. Memang sangat hebat dan patut dijadikan contoh buat anak muda di luar sana.

Bukan wanita pertama yang bekerja dalam projek nanosatelit

Di twitter, Dr Amani memperbetulkan beberapa fakta mengenai dirinya yang mula viral kembali di laman sosial sejak beberapa hari ini. Menurut Dr Amani, beliau bukanlah wanita pertama yang bekerja di dalam projek NASA nanosatelit ini seperti yang didakwa di kebanyakan media.

Saya tidak ketuai 28 orang saintis yang lain

Malah, di media sebelum ini melaporkan Dr Amani mengetuai 28 orang saintis yang lain bagi pembinaan satelit yang telah dilancarkan ke angkasa. Namun, beliau sebenarnya merupakan Penyelidik Utama dan memimpin perkembangan muatan sains. Tambah beliau lagi, dalam misi NASA, mereka tidak mempunyai pemimpin tapi mempunyai Pengurus Projek, Pengurus Program, Ketua Teknologis, dan Penyelidik Utama.

Saya tidak bekerja di NASA sebagai pekerja

Beliau juga memaklumkan bahawa beliau bukan bekerja di bawah NASA tetapi bekerja Universiti Purdue dah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Penyelidikan Utama memandangkan bos beliau memegang jawatan besar di NASA. Untuk kisah kejayaan beliau selanjutnya anda boleh baca disini.

Sumber : Harian Metro, Dr Amani

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×