Bekas isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui sudah terbiasa dengan kecaman daripada netizen. Berikutan daripada itu, dia tidak ambil peduli mengenai perkara tersebut.
Artikel Berkaitan: Ira Kazar Bakal ‘Release’ Lagu Dengan Alan D, Suruh Netizen Teka Tajuk ‘Tak Heran, Tak Kisah Atau Tak Perlu?’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Masih Berhubung & Kongsi Pandangan Mengenai Perkara Tertentu, Lebih Kepada Rakan’ – Ira Kazar
Dah biasa kena kecam
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, menganggap netizen tidak mengetahui perkara yang sebenar dan hanya memberi komen berdasarkan maklumat yang diperoleh di media sosial sahaja.
Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.
Ira yang ditemui di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather di One World Hotel, semalam turut meluahkan rasa terguris apabila bapanya turut menjadi mangsa kemarahan netizen.
Ujar Ira, bapanya iaitu aktor Kazar Saisi tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.
Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Saya sedih tapi Alhamdulillah ayah pun dah okey.
Kehadiran Ira di majlis Hi Tea With Anthon’s Leather itu turut mencuri perhatian ramai apabila dia menyanyikan lagu ‘Jangan Kau Mimpi’ nyanyian asal arwah Siti Sarah. Disoal mengenai pemilihan lagu tersebut, Ira secara ringkas menjawab dia yang memilihnya.
Perasaan Ira muncul di pentas memang rasa gementar. Kali terakhir lima atau enam tahun lepas dengan ayah. Masa kecil-kecil saya menyanyi lagu itu sebab rancak.
OhBulan! sempat bertanya kepada Ira mengenai single terbarunya nanti berjudul ‘Tak Kisah’. Jelas Ira dia muncul dengan lagu itu kerana sudah tidak peduli dengan perkara negatif yang menimpa dirinya.
Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video. Lagu itu rancak dan dah siap rekod.
Saya ‘Tak Kisah’ sebab lantaklah dengan apa orang nak cakap. Saya dah bersedia.
Di akhir temu bual, Ira sempat berkongsi nasihat yang diberikan oleh ayahnya sebelum aktif dalam bidang seni.
Ayah suruh jaga diri baik-baik, jaga keluarga. Sekarang keadaan banyak dah berubah dan kita buat yang terbaik.