berita

Saya Tak Mahu Jadi Artis Bermusim – Zara Zya

February 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Zara Zya-5Ingat tak lagi pada watak Zaara Amirah dalam drama meletop ‘Love You Mr Arrogant’?. Watak yang dibawa oleh Zara Zya sebagai isteri kepada Azlee Khairi dalam drama tersebut masih lagi terkesan di hati peminat sehingga kini.

Artikel Berkaitan : Drama Love You Mr. Arrogant Raih 4.6 Juta

Buktinya, pelakon cantik itu telah dinobatkan sebagai artis ‘Top Top MeleTOP Wanita’ dalam Anugerah Meletop Era 2014 (AME 2014) yang lalu.

Zara Zya ketika ditemubual di sidang media AME 2014 itu jelas teruja dan langsung tidak menyangka akan menggondol gelaran tersebut. Namun, wujud sedikit kegusaran di hati pelakon ini yang bimbang akan bergelar ‘artis bermusim’.

Zara Zya-2Zara Zya dinobatkan sebagai artis ‘Top Top MeleTop Wanita’

“Saya tak mahulah jadi artis bermusim. Sebab itu, ibu bapa saya ada cakap jangan terkenal dengan satu drama sahaja.

Jadi, saya pun kena selalu ada produk terbaru supaya orang akan ingat nama saya sampai bila-bila. Semestinya saya akan berusaha jadi yang terbaik buat peminat.”

Susulan daripada kemenangan sulungnya itu, ada pihak yang mula menyebarkan khabar angin bahawa Zara Zya akan mula menaikkan harga khidmat lakonannya.

“Daripada tadi orang cakap saya akan naikkan harga bila dah menang. Nanti mula timbul cerita yang saya ni demand harga. Bila jadi macam itu, artis juga yang jadi mangsa sebenarnya.

Disebabkan persepsi macam itu, ia akan buatkan artis macam saya tiada pekerjaan sebab kami ini cari makan dengan berlakon kan. Tapi Alhamdullilah, setakat ini tawaran berlakon tidak putus buat saya.”

Tidak menafikan bahawa dirinya menumpang populariti drama ‘Love You Mr. Arrogant’, Zara Zya memberitahu bahawa peminat, terutamanya Love Zara Zya Fan Club adalah tulang belakang kepada kariernya selama ini.

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini memberitahu bahawa dia kini sedang sibuk dengan penggambaran sebuah drama komedi untuk sebuah televisyen swasta.

Apakata mari kita lihat lagi beberapa foto Zara Zya ketika AME 2014.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×