Pelakon, Sharifah Sakinah nafi dia sedang berbadan dua seperti yang kecoh di media sosial, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Rancang Nak Hamil Lagi, Suami Pun Dah Tua’ – Sharifah Sakinah
Artikel Berkaitan: ‘OMG! Lawanya Rambut Baharu Sharifah Sakinah’ – Netizen
Artikel Berkaitan: Belum Rancang Untuk Timang Zuriat, Sharifah Sakinah & Suami Sanggup Hidup Jarak Jauh Demi Anak-Anak
Saya tidak mengandung
Pendedahan tersebut dilakukan oleh Sakinah menerusi akaun Instagram miliknya. Ujar Sakinah, dia sedang bergembira di Dubai dan menikmati makanan yang terdapat di negara tersebut. Berikutan daripada itu, pelakon ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ ini menafikan dakwaan netizen bahawa dia sedang mengandung.
Saya tidak mengandung! Saya hanya bergembira dengan makanan di Dubai ketika bercuti.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Sakinah dipercayai sedang bercuti bersama suaminya, Michael Hansen. Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Sakinah bahagia dan dikurniakan rezeki cahaya mata bersama Michael.
Terdahulu, Sakinah dilihat memakai gaun ketat dengan potongan moden yang menampakkan bahagian perutnya. Susulan daripada itu, Michael sempat berseloroh dan menyatakan bahawa perut isterinya akan jadi sebegitu tatkala hamil nanti.
Sumber: Sharifah Sakinah