berita

‘Saya Tak Minta Derma, Saya Meniaga…’

July 10th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terkesan berikutan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila ada di antara mereka tidak mampu menampung keperluan harian kerana hilang sumber pendapatan akibat PKP.

Terbaru, seorang individu ada berkongsi kisah sedih selepas terserempak dengan seorang lelaki yang hanya menjual biskut untuk memperoleh wang sebagai perbelanjaan harian.

Dah pukul 6 petang belum makan

Kisah tersebut dikongsikan menerusi akaun Facebook Orang Wangsa Maju. Bercerita dengan lebih lanjut, individu terbabit memberitahu dia melihat lelaki berkenaan duduk seorang diri di tepi pintu kedai serbaneka 7 Eleven yang terletak di Rampai Business Park iaitu bersebelahan dengan sebuah restoran nasi Vanggey.

Saya perhati je die, setiap orang yang lalu keluar masuk 7E tu die tak tegur pun. Saya pelik die minta derma ke jual barang? nampak macam jual barang sebab ade pegang bungkusan plastik tapi tak tahu dia jual apa. Kalau dia jual barang, kenapa tak tegur setiap orang yang lalu depan dia?

Individu ini kemudian mendekati dan menegur lelaki berkenaan, rupa-rupanya dia duduk di situ untuk menjual biskut Nabati yang berharga RM1. Lebih menyedihkan apabila mengetahui lelaki ini yang bekerja di sebuah kedai hilang telah hilang punca pendapatan selepas premis berkenaan itu tutup.

Saya tanye die “dah makan belum?’ Dia cakap hari ni belum makan lagi, pukul 6 petang dah min, dia tak makan lagi? Saya nak derma kat die tapi dia berkeras suruh ambil juga biskut dia jual tu. Dia cakap dia tak minta derma, dia meniaga.

Paling saya sedih, lepas saya beredar dari situ, saya tengok dia terus masuk 7E beli air lepas saya bagi duit saya yang tak seberapa tu. Nampak sangat die dahaga masa minum depan 7E tu.

Dia dah berusaha cari rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka memuji usaha lelaki ini dalam mencari rezeki yang halal.

Sumber: Orang Wangsa Maju

SKIP THIS AD ×