berita

‘Saya Tak Minta Lahir Begini’ – Diperli Terkena ‘Sumpahan’ Sebab Kulit ‘Bersisik’, Pemuda Sedih Dicemuh Netizen

April 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Di TikTok, seorang pemuda berkongsi kisah mengenai penyakit kulit yang dihidapinya. Menurut pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Hassan atau lebih mesra disapa sebagai Mamat, dia memiliki kulit ‘bersisik’ sejak dilahirkan lagi. Lebih menyedihkan, dia sering dicemuh oleh masyarakat kerana memiliki kulit seperti itu.

Ada yang kata saya pakai tatu

Selain kata saya pakai tatu, ada yang tanya adakah keadaan kulit saya disebabkan terkena sumpahan sewaktu kecil. Tapi apa yang buatkan saya betul-betul kecil hati apabila ada yang mengaitkan kulit saya dengan kata, adakah arwah bapa saya ada pukul ular ketika ibu mengandungkan saya.

Menurut Mamat, dia tidak menyangka perkongsiannya di TikTok berjaya meraih perhatian netizen. Ini kerana, rupa paras yang dimiliki olehnya sejak lahir itu dianggap ‘luar biasa’. Tambahnya lagi, segelintir netizen telah memberi pelbagai komen ‘jahat’ dan menghina penampilannya.

Hidap penyakit Ichthyosis

@mamat_vdReply to @afdal_h oo##fyp ##sbar ##video? Kutimang Adikku Sayang – Ipank

Ini penyakit kulit yang saya alami sejak lahir. Saya ada menjalani rawatan di hospital. Keadaan kulit saya di seluruh badan seperti bersisik dan ketebalannya adalah berbeza di sesetengah bahagian. Kulit saya ini juga sensitif jika terdedah kepada cahaya matahari. Kalau terdedah lama, kulit akan merah dan menggelupas sehingga terkopek. Bila luka tu yang buat pedih dan sakit.

Menjawab segala tuduhan netizen, Mamat menjelaskan bahawa keadaan yang dialaminya sejak lahir itu merupakan penyakit kulit yang dikenali sebagai Ichthyosis. Ujarnya lagi, empat orang adik beradiknya turut menghidap penyakit kulit yang sama.

Saya tak minta lahir begini. Tapi tak perlu berikan komen yang tak sensitif.

Sebagai manusia biasa, Mamat meluahkan rasa kesal dengan segala tohmahan dan tanggapan negatif daripada netizen. Jelasnya lagi, penyakit tersebut merupakan ujian yang diberikan oleh Tuhan, bukan pilihannya sendiri.

Sumber: Mamat

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×