berita

‘Saya Tak Nak Bersalin Dalam Penjara’- Wanita Dihukum, Paksa Amah Makan Kapas & Rambut Dari Lantai Tandas

May 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita bergelar ibu telah dijatuhi hukuman penjara selepas bertindak memaksa pembantu rumahnya memakan kapas kotor dan menelan rambut yang terdapat di atas lantai tandas.

Paksa makan kapas kotor, rambut

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Mothership, sebelum ini, suspek yang dikenali dengan nama Tan Hui Mei dari Singapura telah mencederakan pembantu rumahnya yang berusia 26 tahun. Difahamkan, mangsa yang berasal dari negara Indonesia ini mula berkerja di rumah suspek sejak November 2018 lagi. Tetapi siapa sangka, niatnya untuk mencari rezeki di negara orang akhirnya membawa kesengsaraan kepada dirinya sendiri.

Hal ini dipercayai berpunca dalam satu kejadian yang berlaku pada 30 Mac 2019. Ketika itu, suspek melihat mangsa tidak mengendahkan dan memujuk anak kecilnya yang sedang menangis. Meskipun mangsa sudah menceritakan tentang perkara itu, tetapi suspek seakan tidak berpuas dengan penjelasan tersebut.

Suspek kemudian menampar pipi dan memukul dahi mangsa berkali-kali. Tidak terhenti di situ, keesokan harinya, suspek ada mengadu sakit pada bahagian kaki dan meminta mangsa mengurutnya.  Semasa sedang mengurut, mangsa tertidur dan hal ini membuatkan suspek semakin berang sebelum bertindak mencubit lengan mangsa sehingga lebam.

‘Tak mahu bersalin dalam penjara’

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, mangsa juga pernah dipukul menggunakan penyangkut baju. Lebih meruntun hati apabila mengetahui suspek telah memaksa mangsa memakan benda kotor seperti kapas dan rambut yang berada di lantai tandas.

Sementara itu, saudara mangsa yang mengetahui tentang perkara tersebut telah menghubungi Pusat Pekerja Domestik. Mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, suspek yang sedang hamil anak keempat ini dikatakan telah menafikan kesalahannya itu dan enggan memberi kerjasama dengan pihak polis. Pada 5 Mei 2021, suspek telah dijatuhi hukuman penjara selama 8 minggu selain diarahkan untuk membayar pampasan sebanyak S $ 3,200 (RM9873) atau sekiranya gagal, suspek perlu menjalani tambahan selama 16 hari lagi di penjara.

Saya tak nak bersalin dalam penjara dan berpisah dengan anak-anak saya.

Sumber: Mothership

SKIP THIS AD ×