Sejak kebelakangan ini, kakak kepada pengacara popular Neelofa iaitu Noor Nabila dikatakan berkawan rapat dengan Engku Emran. Malah timbul desas desus mengatakan mereka berdua ini sedang dilamun cinta.
Artikel Berkaitan: Digosip Hangat Bercinta, Netizen ‘Restu’ Hubungan Noor Nabila & Engku Emran
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Buat Apa Dalam Kereta Engku Emran
Terbaru, laporan media mendakwa Noor Nabila dan Engku Emran bakal diijabkabulkan pada esok hari. Sejauh manakah kebenarakan khabar angin ini?
‘Saya harap semua memahami’
Nabila bagaimanapun enggan memberikan komen berhubung perkara itu ketika ditanya BH Online. Dakwa Nabila, dirinya bukanlah seorang artis, jadi tiada keperluan untuk menjawab atau menghebahkan desas-desus bakal berkahwin itu.
Minta maaf, saya tidak boleh komen. Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih.
‘Saya tak nak komen banyak’
Sementara itu, di IG Story seorang wanita dikenali sebagai Noorintanz yang dipercayai ibu saudara kepada Noor Nabila turut menjawab soalan netizen berhubung Noor Nabila dan Engku Emran. Noorintan bagaimanapun mengakui sudah dua kali bertemu dengan Engku Emran dan dia enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan yang tersebar itu.
Saya tak nak komen banyak hal-hal orang yang nak dirikan masjid. Bila kita pertikaikan atau kritik, jadi tak baik pulak.
Jadi minta tolong, cukuplah tanya hal anak-anak saudara saya nak kahwin ke nak buat apa ke kenapa ke mengapa ke… Minta tolong faham ya.
Jangan stresskan otak dengan hal tiada faedah. Contoh, awak nak kaji siapa nak kahwin, bila dia orang kahwin. Kenapa erk?
Sumber: BH Online, Noorintanz