Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hajar Hanif menegaskan dia enggan kembali bersama dengan suami, Mikhail Issaq yang didakwa sudah jatuh lafaz taklik cerai talak tiga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Influencer’ Dakwa Dicerai Talak Tiga, Lafaz Taklik Jatuh Masa Suami ‘Main Kayu Tiga’? – ‘You Lempang, Cekik Masa I Mengandung’
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Hajar Hanif Gelar Mikhail Lelaki ‘Narcisist’, Dakwa ‘Pusing Cerita’ Suruh Buat Test DNA Anak – ‘Tolong Bagitahu Dia Hukum Taklik’
Euww celup sana sini
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Hajar berkata dia tidak akan rujuk dengan Mikhail sekiranya diberi peluang. Hajar menekankan dia tidak sanggup untuk berkongsi suami yang didakwa mengamalkan kehidupan seks bebas.
Walaupun ada peluang bersama pun saya tak nak. Saya tak nak kongsi! Celup sana sini euwww.
Selain itu, Hajar juga berkongsi pendapat warganet yang beranggapan kemungkinan perkahwinan mereka hanya jatuh dua kali talak.
Bagaimanapun, Hajar menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan keputusan muktamad.
Sebelum ini, Hajar Hanif mendakwa status sebagai isteri kepada Mikhail Issaq sebenarnya sudah lama berakhir selepas jatuh lafaz taklik cerai talak tiga.
Sumber: Instagram