berita

‘Saya Tak Nampak Ke Arah Alam Perkahwinan’ – Remy Ishak Respon Isu Putus Tunang

March 20th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, pelakon Remy Ishak sudah mengikat tali pertunangan dua tahun yang lalu. Namun sejak kebelakangan ini, perhubungan mereka sering menjadi persoalan ramai sehingga timbul pula khabar angin mengatakan Remy sudah kembali solo.

Terbaru, menerusi Media Hiburan, teka teki perhubungan mereka terjawab selepas membuat pengakuan ekslusif kepada media.

Tak nampak ke arah perkahwinan

Itu kesilapan saya apabila orang berkata saya kembali single.

Selepas dua tahun saya bertunang tapi saya tak nampak arah ke alam perkahwinan. Jadi saya terpaksa melepaskan kerana tidak mahu mengikat dia. Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik sekiranya saya lepaskan.

Menerusi temubual itu, Remy Ishak mengaku dia cuba untuk perbaiki dan melakukan solat istikarah namun tidak nampak ke arah perkahwinan.

Dia turut akui sudah melepaskan tunangnya itu demi kebaikan bersama.

Saya cuba baiki kelemahan saya

Sebagai manusia saya cuma memperbaiki. Ada benda yang saya terlepas pandang. Saya mungkin terlalu kepada diri dan kurang pada orang lain

Tanggungjawab lelaki kepada perempuan sangat besar sebenarnya. Emosi saya memang terganggu. Saya cuba baiki kelemahan saya. Secara peribadi saya tak mahu komen sesuatu yang peribadi. Beri saya peluang dan ruang.

Pelakon itu juga meminta agar orang ramai memberikannya ruang dan masa untuk menyelesaikan perkara ini.

Walau bagaimanapun, hubungan dia bersama bekas tunangnya itu masih baik memandangkan mereka rakan kongsi perniagaan.

Sumber : Media Hiburan