Kami pasti semua pernah mendengar kisah seorang Eksekutif Bank yang licik telah merompak duit pelanggan hanya 1 sen tanpa disedari orang ramai. Kisah berlaku sekitar tahun 1990-an ini pasti menjadi persoalan ramai orang. Bayangkan hanya bergaji RM1800, beliau mampu membeli pelbagai kereta mewah yang dibeli tunai. Hebat kan?
Di Facebook, seorang lelaki yang mengaku dirinya individu tersebut tampil berkongsi perkara sebenar. Menurutnya dia tidak mencuri 1 sen pun duit dari pelanggan.
Terkejut tuan badan respon
Terkejut kejap bila Axxx sendiri yang reply komen, Kenal tak xxx? Yang kes curi 1 sen dari akaun bank tahun 90 an dahulu. Hehe. Kami dari kecik dah dengarr cerita pasal xxx ni sebab our Mama was once a banker. Tak sabar nak tgk Astro Shaw. Katanya nak buat movie/dokumentari pasal kes ni.
Hanya orang pintar berfikir sahaja tahu
Beritahu mama u, saya tak curi 1 sen pun. Mama siapa nama? Mana tahu saya kenal. Endingnya hanya yang pintar berfikir sahaja tahu. Dan saya disini dalam Facebook untuk ketika ini.
Menurut bekas eksekutif terbabit, dia tidak pernah mencuri duit 1 sen tersebut dan menafikan dakwaan dibuat orang ramai.
Tak pernah ambil 1 sen
Cuma satu kekesalan saya ialah apabila menghadap Allah nanti, dia tanya apa saya buat dengan ilmu diberikan kepada saya di dunia ini.
Dia mengaku dipenjara selama 3 tahun 3 bulan atas kesalahan yang dilakukan namun bukan mencuri 1 sen. Dia turut memaklumkan bahawa tidak pernah kesal dengan apa berlaku kerana dia seorang bertanggungjawab.
Astro pernah nak buat filem
Saya sedar saya lakukan kesalahan, saya sedar saya membuat orang tertanya-tanya. Maka saya terangkan dengan ringkas tak pernah ambil duit satu sen pun dari setiap akaun. Kekesalan saya lebih menusuk apabila saya berhadapan dengan Allah. Antara saya dan Allah teramat berat.
Walau bagaimanapun, dia sedar kesalahan yang dilakukannya membuatkan orang lain tertanya-tanya mengenai perkara ini. Menurutnya lagi selepas bebas dari penjara, dia merantau keliling dunia dan kini lebih kepada persiapan menghadap Allah.
Sumber : Razeqiah