Nama jurusolek dan usahawan, Datuk Alha Alfa tiba-tiba turut dikaitkan dalam isu lelaki bersolek yang menjadi topik hangat dan perdebatan pengguna media sosial sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: Alha Alfa Berjaya Kumpul RM46,000 – ‘Dana Itu Untuk Urusan Guaman Sukarelawan GSF’

‘Saya tak makeup’

Menerusi hantaran di Threads, Alha berasa hairan apabila dirinya turut dikaitkan dengan isu tersebut sedangkan solekan yang dilakukan hanyalah sebahagian daripada tuntutan kerja dan bukan untuk tujuan peribadi.

Tiba-tiba ada orang kaitkan saya dengan isu lelaki bersolek. Sebenarnya saya keluar rumah pun tak bermakeup. Saya hanya bersolek ketika penggambaran atau sesi fotografi sahaja, sama seperti artis lelaki lain.

Tegas Alha lagi, sebagai jurusolek dan pemilik jenama kosmetik, dia hanya menunjukkan cara menggunakan produk kepada pelanggan dan bukan untuk berpenampilan seperti wanita.

Saya makeup pun sebab nak buat tutorial, tunjuk cara guna produk keluaran saya. Dekat luar, saya tak pernah lagi keluar rumah dengan eyeshadow atau gincu.

Pesan Alha, masyarakat seharusnya lebih terbuka dan tidak bersikap berat sebelah apabila membincangkan soal lelaki dalam bidang kosmetik.

Kalau nak kutuk saya, cuba tengok balik jenama besar seperti NARS, Tom Ford, YSL dan Dior semuanya diasaskan oleh lelaki. Saya cuma berkongsi teknik dan ilmu solekan, jadi jangan bias.

Sumber: Threads