Bagi mencari rezeki untuk menyara keluarga, pengacara dan juga pelakon, Ammar Titan, telah menjadi ejen insuran sepenuh masa selepas dia jarang mendapat tawaran dalam karier seni.
Artikel Berkaitan: Bangkit Selepas Kontroversi Tahun 2017, Ammar Titan Percaya Ini Rezeki Anak – ‘Saya Tak Makan Pun Tak Mengapa’
Tidak boleh duduk diam
Menerusi laporan Harian Metro, Ammar atau nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan menyatakan sebagai seorang suami dan bapa, dia tidak boleh duduk diam sahaja menunggu kerja datang kepadanya.
Tambahnya lagi, dia perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan itu.
Alhamdulillah, sejak Julai lalu saya sudah ada kerja tetap sepenuh masa sebagai ejen insurans. Walaupun bukan mudah nak dapatkan kepercayaan orang untuk ambil insurans, tapi saya tak pernah rasa malu.
Bagi saya, asalkan pekerjaan itu membawa sumber pendapatan untuk sara keluarga, saya buat semuanya tanpa rasa malu. Termasuk, membantu rakan saya menjual makanan di bazar pada Ramadan lalu, hanya untuk cari duit lebih.
Pernah juga rakan itu bertanya, okay ke artis macam saya kerja di bazar jual makanan? Saya kata kepadanya, kalau di lokasi ‘shooting’ saya memang artis, tapi di tempat lain saya tetap orang biasa saja.
Sekadar info, Ammar terdahulu pernah menjadi penyampai radio, namun dia terpalit dengan kontroversi gara-gara mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek menerusi satu rancangan komedi.
Berikutan daripada itu, dia didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan secara sengaja.
Sumber: Harian Metro