Biarpun sudah sembilan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi namun pelawak Shuib akui masih sukar untuk dia ‘move on’ ke hadapan.
Artikel Berkaitan: Shuib Tak Ada Selera Makan, Sebak Teringat Pajeri Nanas Arwah Siti Sarah
Ada masa kita kuat
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib, 37, menyatakan luaran diri nampak kuat namun hakikatnya dia masih terluka dengan kehilangan arwah.
Kata pemilik nama pemilik nama Shahmira Muhamad, perasaan itu ada pasang surut bagaimanapun dia yakin satu hari nanti keadaan akan kembali pulih.
Turun naik itu ada… Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best ja. Saya tak reti nak cakap move on tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan.
Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk turut bersama.
Semuanya okey, semuanya happy. Tapi bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah, dia jadi auto ingat pada arwah. Semua datang macam mana hari pertama (kehilangan) dulu.
Mungkin begitulah.. Ada masa okey, ada masa tak okey. Bila kita teringat dekat dia, kita sedekahkan Al-Fatihah dan mengaji untuk dia. Jadi, hadap saja, insya-Allah mesti okey nanti.
Tanggungjawab besar
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini risau akan terus hanyut dibawa perasaan sedangkan dia masih ada tanggungjawab dengan empat orang cahaya mata yang masih kecil.
Ikhtiar sendiri juga untu lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa..takut terlarut dalam rindu. Sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh.
Tanggungjawab saya pada mereka besar. Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan.
Sumber: Instagram @shuibsepahtu