‘Malang tidak berbau’ begitulah nasib menimpa seorang lelaki yang berdepan dengan detik cemas apabila motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan. Apa yang lebih menyedihkan apabila mangsa yang dirawat di hospital kini berada dalam keadaan koma dan kritikal.
Sempat buat kejutan kek ‘unicorn’
Menerusi perkongsian Balqis Saidi di laman Facebooknya, dia ada memuat naik foto suaminya, Alif Iskandar Azlisham sedang memegang sebiji kek ‘unicorn’ untuk membuat kejutan sempena ulang tahun Balqis yang ke-22. Menurutnya, gambar tersebut diambil sehari sebelum kemalangan tersebut menimpa suaminya.
Tapi saya tidak sangka pula ada ‘kejutan kedua’ suami, namun kejutan ini tanpa senyuman dan suara suami.
Susulan itu, menerusi Harian Metro, Balqis juga turut merintih serta berdoa agar suaminya itu cepat sembuh dan sedar daripada koma. Tambahnya, suaminya itu kini dalam keadaan kritikal dan kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah.
Saya hanya nak dia bangun, saya rindu suami.
Suami belum sedar lagi dan patah tiga tempat di kaki kiri, kedua-dua tangan, tulang kedua-dua mata, hancur dagu dan luka rahang.
‘Tolong doakan suami saya’
https://youtu.be/4mAFmFETFEw
Sementera itu, kejadian ini dikatakan berlaku kira-kira 40 minit selepas dia menghantar isterinya yang bekerja sebagai pembantu spa kecantikan di Sungai Petani. Mangsa yang berusia 22 tahun ini kemudian bertolak dari tempat kerja isterinya melalui Lebuhraya Gurun menghala Pendang dimana kemalangan itu berlaku.
Mangsa yang juga membuat perniagaan atas talian itu dikatakan ingin menghala ke Songkhla, Thailand atas urusan kerjanya itu tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila mangsa terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan.
Saya menerima panggilan daripada ibu memberitahu suami kemalangan dan bergegas ke hospital, melihat keadaannya membuat hati saya sedih.
Tambah Balqis lagi, dia turut meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar suaminya itu segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Baqis Saidi, Harian Metro