Malam tadi, TV Alhijrah menerusi rancangan Analisis telah menjemput 2 panel iaitu Dr Huda dan Datuk Dr Musa untuk membincangkan mengenai ‘Vaksin : Perlindungan atau Kemudaratan’. Sesi pendebatan tersebut menarik perhatian ramai apabila hujah Dr Huda sebagai doktor freelance dipatahkan Datuk Dr Musa dengan mudah.
Menerusi satu status di Facebook, Dr Huda memberitahu beliau tidak diberi penerangan mengenai soalan yang bakal dibangkitkan.
Tidak diberi briefing?
Katanya lagi, beberapa hari sebelum program berlangsung dia sendiri ada bertanyakan mengenai topik dan soalan yang ingin dibincang namun tiada sebarang balasan.
Dakwanya, semua isi kandungan program dirancang dan pihaknya langsung tidak terlibat.
Saya tak sempat, cakap dipotong
Apa pun kembali kita semua padaNya
Dr Huda dalam posting tersebut turut menulis beliau menghormati apa jua pilihan dan mendoakan semua dalam keadaan baik-baik sahaja.
Tambahnya, apa yang cuba disampaikan adalah untuk menilai balik cemuhan dan diskriminasi kepada mereka yang memilih untuk tidak vaksin.
Sumber : Nurulhuda Mohammed Zabidi