Selepas dikecam gara-gara menasihati netizen yang mempermainkan saiz fizikal Siti Bainun, pelakon Ika Nabella tampil memberi penjelasan di Instagram (IG).
Jangan salah faham!
Menurut Ika, 33, dia tidak berpihak kepada Siti Bainun tetapi apa yang cuba ditekankan adalah jangan menghina ciptaan Allah.
Kata pemilik nama Ika Nabila Abdul Rahim, tindakan mengata saiz badan seseorang atau ‘body shamming’ itu tidak langsung membantu membela nasib Bella.
Korang! Jangan salah faham. Saya tak sokong apa Bainun buat, jelas salah. Tetapi sila baca antara baris, maksud saya adalah tentang kita. Kita ni nak jadi generasi yang menghina kejadian Allah? Nauzubillah.
Kita semua kecewa dan sedih tentang ini tetapi bolehkah kita beringat bukan suruh sokong si Bainun. Orang kejam ja sokong perbuatan kejam. Kita semua tahu itu.
Sedara sedari ku caci maki ‘otak kat celah lemak badak babi gemuk’ adakah perkara itu akan membantu Bella? Lagi elok kita doakan nasib adik Bella terbela atau mungkin guna kuasa anda (sokongan moral) dan bantu Bella bukan sekadar menjadi ‘keypad warrior’ yang tidak masuk akal.
Semoga dapat keadilan
Dalam pada itu, pelakon telefilem Pinggan Tak Rentak, Nasi Tak Dingin Raya itu akui sedih melihat nasib malang yang menimpa Bella. Katanya, dia hanya mampu berdoa agar keadilan berpihak pada anak syurga itu.
Ini hanya pendapat saya sebab saya marah sangat dengan apa yang berlaku pada Bella. Subhanallah. Sampai tak ada kata-kata yang mampu keluar melainkan saya berdoa agar dia mendapat keadilan secepat mungkin dan tak ada dalang yang sokong si kejam.
Akhir kata, saya nampak anda semua kecam saya berkenaan kenyataan tersebut. It’s ok mungkin anda salah tafsiran (saya pula tak pandai bercakap).
Kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down itu juga mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).
Sumber: Instagram @ikanabella