berita

‘Saya Tak Suka Gaduh Dengan Orang, Dia Petik Nama Saya Dulu’ – Rozita Che Wan

April 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa marah dengan pereka fesyen, Zaihani Mohd Zain yang menuduh pembantu peribadinya punca kontroversi peha melimpah berlaku. Zaihani membuat dakwaan itu menerusi satu komen di Instagram sekaligus mengaitkan nama Che Ta dalam isu tersebut.

Artikel berkaitan : ‘Luaq Dalam Sama Buruk, Kedut..’ – Pengurus Dituduh Sebar Status, Ini Respon Che Ta

Menerusi laporan mStar Online, Che Ta memberi penjelasan mengapa beliau marah dan ‘menyerang’ pereka fesyen viral itu.

Saya tak suka gaduh dengan orang – Che Ta

Rozita Che Wan ketika ditemubual wartawan mStar Online memberitahu beliau sudah lama mengenali Zaihani dan teguran dibuat setelah pereka fesyen tersebut secara tiba-tiba mengaitkan namanya. Malah, Zaihani turut menulis komen berbaur hasutan.

Kami okay sahaja dan saya tak pernah berdendam dengan dia. Saya tak suka gaduh dengan orang. Sebab dia ‘petik’ (kaitkan) nama saya, sebab tu saya buat komen balas.

Sebelum ni tak ada masalah pun, tak patutlah dia keluar kenyataan sehingga mengaitkan pengurus saya, dia dah buat permohonan maaf tapi menghasut pula suruh orang lain jangan taja baju untuk saya.

Tambah Che Ta lagi, dia merasakan apa yang dilakukan Zaihani salah dan dia tidak sepatutnya mengkritik orang yang berbadan gempal hadir ke pertunjukan fesyen kerana isu tersebut sensitif.

Apa yang dia cakap itu salah dan saya rasa perlu tegur tentang hal itu. Sebelum ini dia juga mengata orang, tapi orang tak tahu nak bersuara.

Lagipun awak siapa nak menghakimi orang gemuk ke apa sebab orang lain tak judge usia awak pun.

Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Tak mahu la bergaduh kerana industri kita tak besar mana pun, betul tak?

Sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×