Baru-baru ini kecoh tentang isu pelakon berbakat, Puteri Balqis yang didakwa menyindir seorang pelakon remaja.
Namun begitu, Puteri Balqis enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.
Artikel Berkaitan: ‘Video Tayang Jub*r Hari-Hari, Tapi Satu Award Pun Tak Ada’ – Puteri Balqis Sindir Pelakon Remaja?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Balqis Dikatakan Persis Avril Lavigne, Makin Besar Makin Cantik
Artikel Berkaitan: ‘Industri Malaysia Makin Lama Makin Kejam & Sampah..’ – Puteri Balqis Dilayan Seperti Anjing Kurap?
‘Saya tak sebut nama sesiapa’
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish menyatakan bahawa dirinya memuat naik hantaran tanpa menyentuh nama mana-mana pelakon.
Oleh sebab itu, Aqish merasakan dia tidak perlu untuk memberi sebarang pencerahan.
Saya tak suka dengan orang yang play-victim. Saya tak suka orang yang bercakap banyak. Sebab setahu saya, saya tidak sebut nama siapa-siapa.
Saya tak suka cakap banyak, saya cakap sekali je.
Puteri Balqish berkata demikian ketika Karnival Jom Heboh di Perkarangan Stadium Shah Alam, pada Jumaat.
Tambah perangkol trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, tujuan dirinya memuat naik sindiran tersebut di media sosial kerana sudah bertahun lama dia menyimpan hal berkenaan.
Menurutnya, dia perlu lantangkan suara jika sesuatu itu sudah melebihi batas.
Dalam pada itu, Aqish memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pelakon Nur Qistina Raisah jika watak yang diberikan bersesuaian.