berita

‘Saya Tak Tahu Dia Selamat Ke, Siapa Jaga Dia’ – Luahan Ibu Kanak-Kanak Hilang Runtun Hati

April 20th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Usaha giat untuk mencari kanak-kanak 8 tahun, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi sedang giat dijalankan selepas dia dilaporkan hilang empat hari lalu. Menurut laporan Berita Harian, kanak-kanak tersebut hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra Bangi untuk bermain.

Di Facebook, Azlia Ajid pengasas badan kebajikan kongsi luahan sedih ibu Zahiruddin yang meruntun hati.

Nur Alert

Pagi ini adalah suasana paling sukar saya pernah hadapi sepanjang hidup saya. Saya kelu untuk bersuara pada awalnya kerana tidak tahu nak buat apa bila berjumpa Ibu Zahir, kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 16 April lalu di Bandar Seri Putra Bangi.

Kelu sungguh sehingga saya banyak mendiamkan diri pada awalnya. Hanya wakil jiran saya yang berbual sama Ibu Zahir.

Bila saat kehujung baru saya ada kekuatan untuk memberi semangat tanpa air mata, namun saat-saat terakhir perjumpaan ini buat saya lemah.

Terasa getaran resah lemah dan longlai ketika memegang tangan si ibu. Bengkak sudah mata si ibu. Saya menangis sekali bersamanya.

‘Saya tak tahu dia selamat ke, siapa jaga dia’

“Saya teringat dia kalau saya balik kerja minta gula-gula. Dia anak manja saya. Paling manja. Saya tak boleh duduk rumah. Saya ternampak-nampak dia”

Ya, ayat itulah yang memecahkan benteng air mata saya. Ayat rindu seorang ibu yang tidak ingin sesiapa rasai. Rindu bagi sebuah kehilangan yang tidak pasti.

Saya peluk ibu Zahir. Saya gosok kepalanya. Saya terbayang wajah Harith anak saya. Allah. Sebaknya saya. “Allah ada. Allah ada” itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.

Memang buntu Zahir dimana. “Saya tak tahu dia selamat ke. Saya tak tahu dia makan ke. Siapa jaga dia. Orang jumpa jaga dengan baik ke. Lama mana kena tunggu sebelum bertemu dia. Atau saya perlu anggap takkan jumpa untuk Redha?”

Allah kata-kata itu terus menghiris hati saya. Beratnya dugaan mu wahai ibu. Besarnya ujian mu. Takkan mampu diluahkan betapa susahnya hatimu memikirkan dimana anak mu.

Ibu Zahir ibu tunggal. Seorang diri membesarkan anak-anaknya. Bukan mudah dan disini katanya tiada keluarga. “Saya tak boleh fikir. Nak urus rumah pun rasa lemah memikirkan Zahir”

Allah. Tolong. Tolong saya sama-sama #kongsi luahan hati ibu Zahir ini supaya lebih ramai menyedari kehilangan ini dan sama-sama mendoakan agar adik Zahir kembali ke pangkuan ibunya. Anak manja si ibu yang sangat dirindui.

Ya Allah, kembalikan lah Adik Zahir kepada ibunya. Kembalikanlah. Amin.

Azlia Ajid
Saya tak dapat bayangkan perit hati ibu Zahir. Allah.

Sumber : Azlia Ajid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×