
Anak kepada pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid iaitu Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 36, menafikan dakwaan kononnya menumpang populariti bapanya demi meraih tawaran lakonan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Dharma Harun Ditawar RM1000 Untuk ‘Sewa’ Tubuh – ‘Walaupun Hidup Terdesak, Saya Tak Akan Jual Diri’
Artikel Berkaitan: Dharma Harun Mahu Terus Bekerja, Enggan Bergantung Dengan Sumbangan Orang Ramai
Tak tumpang nama bapa
Ketika ditemui OhBulan!, Syafiq menjelaskan dia mahu orang ramai menilai dirinya berdasarkan kemampuan dan bakat yang dimiliki, bukannya kerana latar belakang keluarga.
Saya harap orang melihat kepada bakat saya dan bukannya siapa saya. Saya tak rasa menumpang nama ayah untuk dapatkan ‘job’.
Tambah Syafiq, peluang menimba ilmu di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) juga membuktikan bahawa dia diterima atas dasar kebolehan, bukan pengaruh.
Sekiranya saya tak ada bakat, tentunya ASWARA tak ambil saya sebagai pelajar mereka.
Tapi disebabkan saya memang boleh berlakon jadi saya diterima. ,Bukan nak kata saya bagus, saya tahu di luar pun ramai yang jauh lebih berbakat.
Jadi kalau ada yang kata saya tumpang nama ayah, dekat situ saya rasa macam pelik sikit pasal saya memang belajar cara lakonan yang betul.
Syafiq berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran telefilem Ayah di Pusat Jagaaan Harian Warga Tua, Cheras, pada Isnin.
Dah lama berlakon
Dalam pada itu, Syafiq memaklumkan bahawa dia sudah bergiat dalam dunia seni sebelum kisah keluarganya mendapat perhatian masyarakat.
Namun, kerana kerap muncul sebagai pelakon pembantu, ramai yang tidak menyedari kewujudannya di layar.
Tapi saya tak boleh nafikan sedikit sebanyak kisah ayah juga menaikkan nama saya.
Cuma dari sudut lakonan saya sebenarnya dah bermula sejak 17 tahun lalu, di mana saya pernah terbabit dalam muzik video Datuk M Nasir dan juga untuk Bunga Isme.
Saya juga banyak terbabit dalam drama Kisah Benar dan beberapa drama lain tetapi hanyalah sebagai pelakon tambahan. Jadi itu sebab kenapa saya tak dikenali sebelum ini.
Sementara itu, Syafiq mengakui membawa nama sebagai anak kepada pelakon legenda bukanlah sesuatu yang mudah akan tetapi ianya hadir bersama tanggungjawab yang besar.
Orang ingat macam senang apabila bawa nama bapa, tapi sebenarnya bukan mudah kerana nama Dharma sudah sangat bagus.
Jadi saya perlu menjaga ‘call time’ tak boleh datang lambat. Saya juga kena pastikan dah hafal skrip sebelum ke set, pendeka kata semuanya perlu sempurna.
Dalam perkembangan lain, Syafiq bakal bergandingan dengan bapanya buat julung kalinya menerusi telefilem berjudul Ayah terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. dan arahan Zul Huzaimy.
Naskhah penuh emosi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aniq Suhair, Azeva Natassha, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.