berita

Saya Takkan Maafkan Mereka! – Wanita Ini Kecewa Anjing Mati Diracun Oleh Orang Masjid?

May 9th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

ciku diracun orang header

Hukum membela anjing adalah harus jika bertujuan untuk menjaga ternakan dan harta, digunakan sebagai petunjuk jalan, dan memburu seperti  yang telah dijelaskan dalam hadis sahih.

Namun, ada sesetengah masyarakat Melayu Islam akan memandang serong golongan yang membela anjing jika bukan bertujuan seperti yang diharuskan. Bagi pencinta haiwan seperti keluarga Fiza Saad mesti akan sangat sedih melihat haiwan yang tidak berdosa diseksa dan dibunuh tanpa sebab apatah lagi binatang itu dipelihara semenjak kecil.

Abah pinjam anjing tauke ayam untuk tolong jaga kebun rambutan

Kami ada kebun rambutan dan bila musim buah habis kera attack ambik buah. Jadi abah decide pinjam anjing taukey ayam untuk jaga kebun. Setiap pagi abah pi bagi makan kerana jasa anjing tu buah kami terjaga. Mana tak nya kera nak mai dia akan salak. Masa dia jaga kebun dia ada anak kecik.

Lepas 2 bulan abah pulangkan balik tapi anaknya tak nak pergi walaupun dah dihalau

Lepas 2 bulan jaga abah pun lepas dan pulangkan balik tapi masalahnya mak dia pi tapi anak dia tak mau pi. Dia duk juga kat kebun. Kebun jauh 20 min dari rumah kami so susah gak dan abah risau kalau apa2 jadi kat anak anjing tu pasal dia tak mau pi walaupun abah halau.

Last abah ambil bawa balik dan letak kat luar rumah. Kami bela tapi dia kami rantai, rantai panjang. So cute kami bagi nama CIKU. Dia membesar dengan kucing ayam burung abah. Malahan makanan dia depa pakat mai share makan sekali dgn dia. Dia tak kisah kadang ada my kucing pi makan nasi dia dengan kepala ayam siap tampar muka Ciku kalau Ciku kacau dia makan.

Dia jaga semua dia. Kalau ayam mak cik I mai dia halau tak bagi masuk kawasan kami. Pernah dia terlepas dia pusing jalan keliling rumah TAPI DIA TAK PIJAK SIMEN. Anjing pun tau kita tak boleh sentuh.

Dah dengar suara sumbang kat masjid, ‘Baru pindah, Melayu bela anjing’

Rumah mak depan masjid. Setiap kali azan dia akan duk senyap. Dia kenal kawan Syafiq dia takkan salak kalau depa mai.

Abah baru pindah pas pencen so suara-suara sumbang kat masjid dah bunyi. ‘Baru pindah. Melayu bela anjing…’ Abah buat bodoh ja.

Kami bukan duk kampung, kami duk atas tanah kami sendiri besar 9 ekar.

Suatu hari Ciku jatuh berbuih mulut diracun orang. Mata Ciku hanya tengok abah. Dia mati depan abah.

Bela Ciku sampai besar. I di kl. Satu hari Ciku jatuh berbuih mulut. Abah panic panggil cina kat pekan. Kelam kabut. Rupanya Ciku diracun org. Abah menangis tengok mata ciku yang hanya tengok abah. Dia mati depan abah. Abah sedih sangat. Abah kata tak mau dah bela.

I tau orang masjid yang racun Ciku. Abah sedih lama. Kami takkan maaf walau sebesar biji sawi sapa yang buat.

For all of us pets lover… Anjing ka… Kucing ka… Burung ka… Ayam ka… Dia all part of our family… Bunuh depa siksa depa mean u all bunuh dan siksa family kami.

Ni gambar Ciku.. Ciku meloncat bila nampak I dia suka main acah-acah dengan I. Pasal tu I selalu rindu ciku dan I panggil semua anjing warna ni ciku sebab I rindu. Camne Ciku mati tersiksa camtu juga Kak Fiza doakan yang aniaya adik Kak Fiza Ciku.

sumber : Fiza Saad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×