Program The Hardest Singing Show yang disertai beberapa orang artis tempatan mencuri tumpuan netizen berikutan konsep dan persembahan yang mereka lakukan setiap minggu.
Saya tengok dan kata apa ini?
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi Man Bai dilihat memberi pandangannya berhubung program tersebut. Menurut Man Baik, konsep program realiti seperti itu boleh mengundang risiko kepada peserta yang menyertainya.
Tambah Man Baik, mana-mana peserta boleh mengalami kecederaan jika mereka tersilap langkah.
Saya tengok dan kata apa ini? Penyanyi lompat sini, lompat sana dan tergantung. Bahaya kerana kita kena utamakan keselamatan setiap masa. Penyanyi tak boleh terlalu beriya-iya nak buat itu ini masa menyanyi.
Memang ada penyanyi nak buat lebih dari kemampuan tapi tak boleh. Penerbit program ini kena tahu perkara itu tak boleh dan mendatangkan bahaya. Kena ada aspek keselamatan sepenuhnya jika nak buat.
Benda belum terjadi tapi kita kena ingat sebelum sesuatu perkara buruk berlaku.
Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Kau Ilhamku’ ini turut berkata, persembahan ringkas tetapi menarik sudah cukup memadai dan sesuai untuk program tersebut.
Nama program pun The Hardest Singing Show bukan The Hardest Showmanship. Maksudnya penyampaian lagu yang susah nak dinyanyikan, bukan tunjukkan ‘showmanship’ yang artis nak kena panjat sana sini.
Saya tengok dalam Instagram Ayda Jebat, masa rehearsal okey saja tapi masa ‘show’ dia terjatuh. Kasihannya dia. Saya bukan nak kutuk tapi saya minta tenaga produksi jangan nak terlalu tunjuk kreativiti.
Kalau ada pun biarlah bertempat. Seni itu kena jaga. Artis-artis pun dah dikenali dan ada nama. Jadi apa lagi yang mereka cari.
Sumber: Harian Metro