berita

‘Saya Terdengar Mak Cakap Dia Sayang Adik Lebih Daripada Saya, Hancur Sangat Hati…’

August 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sekadar gambar hiasan (The Asian Parent Malaysia)

Tak dinafikan, sebenarnya ramai dalam kalangan anak-anak merasakan ibu bapa mereka selalu mendahulukan dan lebih menyayangi adik-beradik yang lain berbanding diri mereka. Itulah yang dilalui individu ini yang akui sedih dengan layanan yang diterima daripada ibu bapanya.

Kasih sayang ibu berbelah bahagi

Foto: Sekadar gambar hiasan (Focus on The Family)

Menerusi perkongsian personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter berkongsi luahan yang dilalui seorang individu ini. Bercerita dengan lebih lanjut, individu ini mendakwa sangat terkilan selepas mengetahui ibunya bersikap pilih kasih. Lebih meruntun hati apabila dia sendiri terdengar perbualan telefon si ibu yang mendakwa menyayangi adiknya lebih berbanding dirinya.

I overheard my mom talked on the phone, dia bercerita betapa dia sayang adik lebih daripada saya. Dia memuji adik bagai malaikat, dia bercerita dia sentiasa mendoakan adik dimurahkan rezeki dan ada merendahkan saya dalam perbualan itu.

Individu ini akui sangat sedih selepas mendengar perbualan tersebut sehingga dia pada satu tahap dia berasa dirinya seperti anak yatim. Menurut individu ini lagi, meskipun dia tidak mampu memberi wang yang banyak kepada ibunya tetapi dia sering menitipkan doa buat wanita itu.

Malam itu adalah hari paling menyedihkan dan mengecewakan untuk saya sepanjang saya hidup. Gagal dalam kerjaya, sekolah, percintaan pun tak serapuh ini. Hancur sangat hati. Saya cuma ada dua beradik. Tapi saya betul-betul rasa anak yatim sangat. Saya mungkin tak ada duit dan tak mampu beri sebanyak apa yang mampu adik beri. Tapi hari-hari saya doakan kesihatan dan kesejahteraan hidupnya. Sedih. Sangat sedih. Terasa lebih baik saya tak dilahirkan pun tak mengapa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku selain berharap agar individu ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupannya. Mereka turut berharap agar si ibu dilembutkan hati supaya memberi kasih sayang yang adil kepada kedua-dua anaknya. Ada segelintir netizen berkongsi pengalaman sama apabila tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang adil daripada orang tua mereka.

Netizen simpati

Sumber: Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×