Usahawan dan personaliti media sosial, Muhammad Faiz Aizif atau Faiz Soul tampil memberi respon berhubung isu donat yang didakwa dijual dengan harga tidak munasabah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Salah Saya? Saya Bukan Penjenayah’ – Faiz Aizif

Artikel Berkaitan: Faiz Aizif Sumbang RM25,000 Kepada Tabung Gaza – ‘Tidak Kutip Duit Sesiapa, Hasil Berniaga’

Jangan menghina

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Faiz memohon maaf dan menjelaskan bahawa harga donat tersebut telah ditetapkan sama seperti dua tahun lalu.

Saya minta maaf kalau bagi awak semua donut ni overpriced, saya sendiri terkejut dua tahun lepas jual harga yang sama tak ada pula kecaman, sebaliknya orang beratur beli.

Apa-apa pun, saya minta maaf sangat..saya cuma teruskan tanpa ubah apa-apa.

Dalam masa sama, Faiz juga meluahkan rasa kesal dengan tomahan melampau oleh segelintir warganet yang tergamak menghina makanan tersebut.

Saya terima segala kecaman, tapi janganlah hina saya dan jangan hina makanan saya jual tu sampah.

Jangan hina “rasa donut macam babi” padahal awak tak pernah beli pun. Jangan maki dan fitnah saya jual sebab nak kaya.

Menurut Faiz, jualan donat tersebut adalah usaha untuk membantu meneruskan perniagaan seorang kenalannya.

Hakikatnya saya teruskan perniagaan untuk tolong orang saja.

Tak apa saya sedia dikritik, tapi jangan sampai menghina seolah kita manusia tak berdosa.

Di bulan mulia ni, saya minta maaf sangat andai terlanjur kata.

Terdahulu, warganet mengecam dan mempersoalkan tindakan Faiz kerana meletakkan harga RM10 bagi sebiji donat.

Sumber: Threads