Tindakan pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video pendek di Instagram Story (IG Story) bersama seekor haiwan dipercayai anjing telah menyorot perhatian netizen, semalam.
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Sakinah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing itu.
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Dukung Anak Anjing?
Terima teguran
Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.
Sumber: Harian Metro