Penyanyi Amira Othman, 30, akui sudah lali dengan pertanyaan netizen dan orang di sekeliling yang sering mengajukan soalan bilakah dia bakal menamatkan zaman bujang.
Artikel Berkaitan: ‘Tenggelam’ Dalam Industri, Amira Othman Rancang Kontroversi Untuk Lebih Dikenali
Artikel Berkaitan: Bila Geng ‘BBNU’ Nyanyi Lagu Datuk Khadijah Ibrahim Versi Sendiri, Memang ‘Tangkap Leleh’!
Lali soalan jodoh
Menurut Amira, dia meletakkan soal jodoh dan ajalnya pada ketentuan Allah dan tidak pernah mempersoalkan tentang takdir yang sudah tertulis buatnya.
Malah, Amira mendedahkan dia juga pernah diajukan soalan yang mengatakan dirinya sukar untuk hamil sekiranya lewat mendirikan rumah tangga.
Ramai yang tanya saya bila nak kahwin, kadang-kadang saya dah lali dengan pertanyaan itu. Kita tidak akan tahu bila kita akan kahwin, itu rahsia Allah.
Saya juga diajukan soalan orang kata “tak takut ke kahwin lambat, nanti susah nak mengandung?”. Saya terkejut bila dengar.
Saya kata dalam hati, orang itu ke yang akan beri saya mengandung? Allah yang beri semua itu. Kahwin lambat atau cepat pun, Allah yang akan tentukan bila dapat anak.
Amira berkongsi mengenai perkara tersebut ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok pada Khamis.
Dalam masa sama, pelantun lagu Hati-Hati itu turut menasihati orang ramai untuk tidak mengambil hati sekiranya diajukan pertanyaan mengenai jodoh.
Pedulikan sahaja apa yang orang kata, jangan sesekali simpan dalam hati. Kalau orang tanya fasal jodoh, jawab je baik-baik. Kata je tidak tahu.
Sumber: TikTok